GEREJA SIB PIASAU KOTA BELUD SABAH

CERAMAH PENDIDIKAN

CERAMAH PENDIDIKAN

Kira -kira 140 orang termasuk pelajar dan ibubapa telah hadir pada  Ceramah Pendidikan anjuran PTRPMM Piasau pada 15 Julai 2011 (Jumaat), Penceramah yang dijemput ialah Dr Nellson Miasin , Tajuk ceramah kali ini ialah " Positive Thanking ", menghurai ringkas tajuk tersebut, penceramah telah menekan bahawa semua tindakan haruslah diiringi dalam doa agar semua rancangan di serah kepada Tuhan dan seharusnya keberhasilan nanti dipanjatkan kepada Tuhan sebagai pelajar sikap positif haruslah disemat dalam hati agar perangai tidak suka belajar, juga malas dalam pelajaran haruslah di buang.

Dalam siri Ceramah 1 yang diadakan pada 01 April 2011 , Dr Nellson telah berkongsi ilmu dan bagaimana memajukan diri dalam pelajaran “ Teknik Belajar Yang Berkesan “ adalah tajuk ceramah pada hari tersebut.

Secara keseluruhannya, keberhasilan seseorang pelajar adalah bergantung kepada usaha pelajar itu sendiri dan didorong oleh ibubapa dengan membantu mereka dari segi sokongan moral, namun semuanya didahulukan dengan doa agar pengurapan hadirat Tuhan terus dipihak orang percaya kepadaNya.

     

Program " OUTING PTRPMM 2011

Lebih kurang 50 peserta dari kalangan PTRPMM Piasau telah menyertai program " OUTING PTRPMM 2011 " di Ranau pada 16 - 17 Sept 2011, sepanjang 2 hari ini beberapa pengisian acara telah dijalankan, seperti " painball " , " massage ikan di Sungai luanti " , " lawatan ke tapak penternakan lembu susu "," memansing ikan "," lawatan ke Ladang Tea " . Program ini adalah salah satu takwim PTRPMM untuk tahun 2011 selain lawatan Pelayanan.

Menurut Pengerusi PTRPMM Dkn Justine Tampuling, penyertaan seumpama ini sekurang-kurangnya dapat merapatkan kerohanian dan bertukar-tukar idea serta mengwujudkan rasa keakraban kekeluargaan semua peserta.

Rata-rata semua peserta rasa seronok dan berbuat hati akan semua pengisian program tersebut mala ada yang mengsyorkan supaya diteruskan kemasa-masa mendatang..

   
   
   
   

Lain gambar boleh ditonton di bahagian Berita Bergambar

Pastor Rojimi Singkok telah dilantik menjadi Pastor

Pastor Rojimi Singkok telah dilantik menjadi Pastor Pelayanan Kanak-Kanak di Gereja SIB Piasau bermula pada 01 Jan 2012, Isteri kepada mantan mandiang Pastor Samuel Tandon ( Pastor Gereja SIB Piasau ke 5 ) berasal dari Kampung Bangkahak Kota Belud, berbangsa Dusun.

Berpengalaman menjadi penyelaras Pelayanan Kanak-Kanak di Kawasan Pekan Kota Belud sekitar 90-an , sebelum ini membantu suaminya melayani dibeberapa Sidang di Daerah Keningau, Tenom dan terakhir di Sidang Piasau Kota Belud.

Perlantikan Pastor Rojimi Singkok sebagai pastor Pelayanan Kanak-Kanak di Gereja / Sidang Piasau merupakan lembaran baru dalam pelayanan Kanak-kanak sejak wujudnya Jemaat di Sidang Piasau.

Jemaat Tuhan merakam ucapan syukur kepada Pastor Rojimi Singkok, selamat melayani di Sidang ini. amin

KEMATIAAN PASTOR SAMUEL T

 

Takziah ,Pastor Baru Gereja SIB Piasau En Samuel Tandon telah dipanggil Tuhan pada 28 Julai 2011, dari sumber keluarga terdekat , pastor telah menghembuskan nafas pada waktu subuh / pagi pada hari ini di Hospital Daerah Keningau di Unit Rawatan Rapi di samping isteri serta keluarga terdekat dan akan di kebumi di Kampung Ulu Sinagang, Keningau.

Pastor meninggalkan seorang isteri iaitu Puan Rojimi Singkok dan empat ( 4 ) anak iaitu adik Ronald S ( 13 Tahun ), adik Roland S (10 Tahun ), adik Rexley S dan adik Receal Natalia ( 1 tahun ).

Mengimbas pelayanan Pastor Samuel Tandon dan keluarganya tiba di Sidang Piasau pada 03 Feb 2011 , merupakan pastor yang ke kelima selepas Pastor Saban B ( mandiang ), Pastor Perimin , Pst Sidek Lindaan dan Pastor Timar Lagadan .

Secara ringkas biodata Pastor Samuel Tandon, berasal dari Kampung Ulu Sinagang, Keningau, berbangsa Murut, manakala isterinya bernama Pastor Rojimi Singkok berbangsa Dusun , asal dari Kampung Bangkahak Baru, Kota Belud, Sabah, mereka telah dikaruniakan anak seramai empat orang ( 3 lelaki dan 1 Perempuan ) .

Sejarah pelayanan Pastor Samuel Tandon, Pernah menyertai Gerakan Penginjilan Sabah di Marak-Parak , Kota Marudu, Sabah dan melanjutkan pelajaran Teologia di STP, Namaus , Setelah tamat persekolahan, pihak pelayanan tertinggi menawar Pastor melayani di Kawasan Tenom, Keningau sebagai penginjilan sepenuh masa , Pelayanan terakhir adalah di Sidang ini .Kiranya Tuhan menghibur seisi keluarganya . amin

Semua Ahli Jemaat Sidang Piasau .

PASTOR BARU GEREJA SIB PIASAU

 

Pastor Samuel Tandon dan keluarganya tiba di Sidang Piasau pada 03 Feb 2011 bersamaan hari Khamis, ketibaan sekeluarga telah disambut oleh Jemaat Tuhan diketuai oleh Ketua Sidang Pta Sipin Kelu dan beberapa pemimpin Gereja . Pastor Samuel merupakan Pastor kelima selepas Pastor Saban B ( mandiang ), Pastor Perimin , Pst Sidek Lindaan dan Pastor Timar Lagadan .

Secara ringkas biodata Pastor Samuel Tandon, berasal dari Kampung Ulu Sinagang, Keningau, berbangsa Murut, manakala isterinya bernama Pastor Rojimi Singkok berbangsa Dusun , asal dari Kampung Bangkahak Baru, Kota Belud, Sabah, mereka telah dikaruniakan anak seramai empat orang ( 3 lelaki dan 1 Perempuan )  anak sulung bernama Ronald Samuel ( 13 tahun ), Adik Roland Samuel ( 10 Tahun ), Adik Rexley Samuel ( 7 Tahun ) serta seorang anak perempuan bernama Recheal Natalia ( 1 Tahun ).

Sejarah pelayanan Pastor Samuel Tandon, Pernah menyertai Gerakan Penginjilan Sabah di Marak-Parak , Kota Marudu, Sabah dan melanjutkan pelajaran Teologia di  STP, Namaus , Setelah tamat persekolahan, pihak pelayanan tertinggi menawar Pastor melayani di Kawasan Tenom, Keningau  sebagai penginjilan sepenuh masa.

Isternya pula pernah menjadi Pengerusi Pelayanan Kanak-Kanak di Gereja - Gereja   Kawasan  SIB Pekan  sekitar tahun 90 an.

Jemaat Tuhan merakam ucapan syukur kepada Pastor Samuel T, selamat melayani di Sidang ini. amin

  

PELAYANAN PKK SIDANG PIASAU

02HB HINGGA 05HB FEB 2011

Pelayana Kanak-Kanak Gereja SIB Piasau telah menjalankan aktiviti  SUNDAY SCHOOL CAMPS ( SSC PKK Piasau ) , sepanjang aktiviti ini para peserta telah dibahagi kepada tiga kumpulan (Merah, Hijau, Biru ), setiap kumpulan harus melakukan persembahan pada setiap malam untuk dipertontonkan kepada Ibubapa yang hadir.

Kanak-Kanak bersama dengan Petugas ini telah berkampung / berkhemah di persekitaran Gereja selama 4 hari, 3 malam, Pengisian aktiviti yang mencabar ialah Jungle Traking  dan Haiking . Acara JUNGLE TRAKING - sangat menguji ketahanan diri para peserta dan terpaksa bergelut dengan lumpur atau point-point cabaran yang telah disediakan , HAKING  - Berjalan sejauh 5 km mengharungi dan meredah belukar,menaiki bukit yang cerun serta terpaksa berhujan inilah cabaran yang terpaksa ditempuhi oleh kira-kira 50 kanak-kanak bersama-sama dengan petugas.

Namun secara keseluruhannya, kepuasan tergambar diwajah para peserta, Syukur pada Tuhan kerana pimpinanNya sehingga aktiviti yang dijalankan ini tidak ada yang mendatangkan masalah dan kecelakaan, disamping itu apapun sumbangan berbentuk kewangan atau barangan dari pihak Majlis Gereja, Ibu Bapa dan Individu , pihak Kepimpinan PKK sangat mengucapkan syukur dan Tuhan akan memberkati, kata Pengerusinya Pelaksana En. Josuah Januh mewakili Pengerusi PKK Sidang Piasau.

     
     

15 FEB 2011 /SELASA

Lanjutan dari aktiviti SSC 2011 yang dilangsungkan pada 02 - 05 Feb 2011, Kumpulan / peserta kanak-kanak telah dibawah beriadah di PANTAI RAMPAIAN LAUT, Kumpulan pada SSC masih terpakai ,manakala bentuk pengisian adalah masih  dalam persaingan antaranya mencari harta karun, membuat menara dengan menggunakan Pasir laut, membaling belon berisi air.

Fokus dalam aktiviti ini mengajak dan mengajar anak-anak agar lebih mengenal ciptaan Tuhan seperti laut, sesuai dengan Firman Tuhan yang didasarkan kepada anak-anak yang disampaikan oleh Pastor Samuel Tandon.

20 FEB 2011 / AHAD

Penyelia Pelayanan Kanak-Kanak Kawasan Pekan Kota Belud iaitu Pastor Domira Lakanting telah berkesempatan untuk membuat lawatan / menyelia Pelayanan Kanak-Kanak di Sidang ini, dengan jumlah kanak-kanak lebih kurang 80 orang termasuk pendidiknya Kanak-kanak telah menyambut ketibaannya bersama dengan Jemaat Sidang ini.

Dalam sesi perjumpaan dengan Pengajar-Pengarar Pelayanan Kanak-Kanak, Penyelia PKK ini sangat bersyukur pada Tuhan kerana limpah dan hikmatNya telah memberi kekuatan tenaga kepada Sidang ini untuk membimbing Kanak-Kanak dalam erti Firman Tuhan dan akhir dari pertemuan ini Pastor Domira menyampaikan pesanan agar semua tenaga Pengajar Pelayanan Kanak-Kanak di Sidang ini terus melayani Tuhan walaupun dalam keadaan sukarel .

ULANG TAHUN KE 20 KAWASAN PEKAN , KOTA BELUD, SABAH.

   

Kawasan Pekan Kota Belud tertubuh pada tahun 1990.  Di Kota Belud sebanyak tiga kawasan menjadi Pusat Pentadbiran Gereja-Gereja dominasi SIB , iaitu Kawasan Teginambur, Nahaba dan Pekan, pada 20 Nov 2010  (Sabtu ) berlangsung Majlis Ulang Tahun Kawasan Pekan ke 20, bertempat di Gereja Pekan, majlis yang bermula dari pagi hingga malam tersebut telah di rasmi oleh Setiausaha Pusat SIB Sabah iaitu Rev.Taipin Molidoi,

Antara pengisian acara pada hari tersebut ialah Pameran Sejarah Gereja setempat, hasil-hasil produk Jemaat, acara berlangsung dari pagi hingga malam di dalam Dewan Gereja SIB Pekan sebanyak 14 buah sidang telah meletakkan beberapa pameran untuk tatapan pengunjung.

     

PERPINDAHAN PASTOR SIDANG PIASAU  ( 2004 hingga 2010 )

 

Pastor Timar Lagadan dan keluarganya telah berpindah ke SIB Keliangau, Menggatal, Sabah pada 01 Jun 2010 bersamaan hari selasa , seawal pagi Jemaat Piasau telah berhimpun dan membantu memunggah barang-barang Keluarga Pastor di rumah Sidang ( Piasau ) sehingga tepat jam 1230 petang pergerakan secara Konvoi ( kira-kira 120 Jemaat dari Sidang ) mengiringi Keluarga ini ke Sidang Baru ( SIB Keliangau Manggatal )

 

Mengimbas Pelayanan Pastor di Sidang Piasau, hamba Tuhan yang berasal dari Kg Gaur, Kota Belud ini , sampai di Sidang pada pertengehan tahun 2004 dan berakhir pada 31 Mei 2010 ( Ringkasan Pelayaan akan dimuat ) Pelayanannya terpaksa berpindah berikutan tugas baru dan arahan dari Pentadbiran SIB Pusat  bahawa isterinya, iaitu Pastor Kinah Etin ( Pengerusi Pelayanan Wanita ) haruslah sepenuh masa dan memusatkan Pelayanannya sebagai Pengerusi Pelayanan Wanita SIB Sabah.

 

Peristiwa Sempena Perpindahan Pastor.

1.             Lawatan AMG dan Jemaat Ke SIB Sapong, Tenom ( 08/09 Mei 2010 )

2.             Haiking anjuran PTRPMM SIB Piasau.(28 Mei 2010)

3.             Majlis Perpisahan (30 Mei 2010)

 

Peristiwa dalam Video

1613 views - 1 comment
1234 views - 0 comments
990 views - 0 comments
1387 views - 1 comment