GEREJA SIB PIASAU KOTA BELUD SABAH

PEMBINAAN GEREJA BARU

   
   

Kini secara keseluruhan progress pembinaan Gereja SIB Piasau yang baru ini mencapai 20 % dengan anggaran kos RM 165,000.00 dapat dilihat pada rangka atap dan tiang, ukuran 80‘ X 100‘ pada perkiraan kos sehingga selesai ialah dalam jumlah setengah juta.

Pembinaan Gereja ini bermula pada 11 Mei 2013 dan siap pada rangka tiang dan keseluruhan atap siap dipasang, kontraktor yang terpanggil dan menawar untuk memula membina Gereja ini cukup banyak membantu dalam mencapai visi Jemaat untuk melihat sebuah Gereja yang baru

Walaupun secara keseluruhan Gereja ini tidak siap 100 % kerana kekurangan kos perlanjutan pembinaan namun dengan doa dan tangan-tangan ringan Jemaat pasti akan membantu merealsasikan wawasan ini, Jawatankuasa Wawasan Gereja ini akan berusaha mencari kos tambahan dalam anggaran RM 350,000.00. Sokongan pihak agensi lain dan Gereja sekitar juga amat diharapkan, iringan doa pastinya baki kos tersebut dapat diperolehi Sokongan Doa Kewangan yang diperlukan dalam anggaran RM 350 ribu

Jika anda terbuka untuk membantu atau menyumbang bolehlah memasukkannya ke akaun BANK SIMPANAN NASIONAL bernombor 12100-41-0000391-3 resitnya bolehlah dikemukakan kepada Jawatankuasa bertindak / Pelaksana untuk Rekod

Justifikasi Banguan yang dicadangkan :-

1. Memuatkan Jemaat Tuhan 1000 orang berbakti  sekaligus.

2. Mempunyai tempat duduk yang selesa.

3. Pentas yang luas - keselesaan bagi Petugas Pelayanan/  Pemimpin ,Pengkhotbah/ Penceramah/  Pemain Muzik/  Penari Rebana.

4. Bilik Jurutenik yang selesa serta kelengkapan Sound  System / Muzik yang baik.

5. Kawalan Elektronik yang canggih / terkini

6. Mempunyai Bilik Pentadbiran / Mesyuarat yang selesa.

7. Bilik Khas Pelayanan - Warga Emas /Pelayanan kanak 

8. Mempunyai Bilik Mini Perpustakaan / Pusat Sumber.

KONSERT PUJIAN DAN PENYEMBAHAN

KONSERT PUJIAN DAN PENYEMBAHAN

Pada 26 Jun 2013 ( rabu ), Artis Nicholluisya Christyardi penyanyi terkenal dari Indonesia berada di Gereja SIB Piasau untuk mengadakan Konsert Pujian dan Penyembahan , menurut jurucakap dan penganjur pada Konsert ini iaitu RBC [ Resoruce Centre Berhad ] , acara ini akan bermula pada jam 08.00 malam dan dijangka berakhir pada 10.00 malam, Pengunjung ( Jemaat ) yang hadir pasti akan diberkati dengan berkat-berkata Rohani yang akan dikongsi oleh penyanyi ini, Lokasi lain pada acara ini ialah : -

21 Jun 2013 : BCCM Kota Kinabalu

22 Jun 2013 : BCCM Sepanggar

25 Jun 2013 : SIB Kota Kinabalu

28 Jun 2013 : SIB Kiau Teburi

29 Jun 2013 : SIB Pekan Ranau

BORANG KEAHLIAAN JEMAAT GEREJA SIB PIASAU

 

Syalom, dalam Kristus Tuhan kita, kita bersyukur kepada Tuhan atas segala anugerahNya sehingga hari ini kita masih merasai kenikmataan keindahan ciptaanNya, khusus saudara seiman dari Sidang ini ( anggota SIB Piasau ) yang berhijrah ke luar kampung, daerah, negeri Sabah atau luar negara Malaysia, bagi mementap dan proses penjumlahan jemaat sidang ini borang telah diedar kepada semua jemaat , dengan itu bagi memudahkan edaran borang keahlian ini kepada jemaat  diluar sidang masa kini borang bolehlah mendapatkannya melalui atau download dilaman web ini dibahagian dokumen , selepas itu kirimkan melalui email : sibpiasau@yahoo.com.my atau poskan ke alamat sidang ini, walaubagaimanapun jika ada kemusykilan bolehlah berhubung terus kepada urusetia / setiausaha sidang Dkn L.Sandang Gunsalam.

 

AMG / Editor.

SISIPAN RADIO 

Dari Indonesia :

 

 Jikalau anda suka mendengar lagu-lagu Rohani secara langsung sila melayari rangkaiannya di website ini klik Radio atau melayari terus ke alamat websitenya http://www.mgradio.org/ , Pendengar akan dilayani oleh DJ-DJ semasa , perbincangan Rohani dapat didengar terus, juga lagu-lagu dalam Bahasa Malaysia / Indonesia / Inggeris dapat dikongsi bersama

Selamat melayari dan mendengar.

 Editor - Unit IT / Maklumat.

GEREJA BARU PIASAU 80' X 120'

Sokongan Doa dan Kewangan diperlukan

Lihat cerita dalam info Gereja

Peristiwa dalam Video

1432 views - 1 comment
1058 views - 0 comments
847 views - 0 comments
1178 views - 1 comment

Takwim Gereja

No upcoming events

Online Radio

Klik on " Radio " di Paparan atas

Jumlah Pengunjung